Sejarah Source Music

2009–2012

Source Music ditubuhkan pada 17 November 2009 oleh So Sung-jin. Pada tahun 2010, Kan Mi-youn melancarkan single digital pertamanya yang berjudul "Going Crazy".[2][3]video muziknya menampilkan Lee Joon dan Mir dari MBLAQ.[4] Lagu ini terbukti cukup berjaya, dan mencapai puncaknya di tangga ke-11 di carta kebangsaan Korea Selatan Gaon.

2012–2014

Pada tahun 2012, Glam ditubuhkan. Kumpulan ini merupakan kolaborasi antara Source Music dan Big Hit Entertainment dan dianggotai oleh ahli Dahee, Trinity, Zinni, Miso dan Jiyeon. Walau bagaimanapun, Trinity mengundurkan diri sebelum debut kerana alasan peribadi. Kumpulan ini aktif sehingga 2014 dan dibubarkan setelah Dahee dihukum penjara satu tahun kerana kes pemerasan terhadap pelakon Lee Byung-hun. Pada masa itu, kontrak Glam dengan Big Hit Entertainment berakhir. Ahli Glam tidak mahu memperbaharui kontrak, sebahagiannya disebabkan oleh skandal Dahee.[5]

2015–2018

Pada tahun 2015, GFriend ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB, dan Umji.[6] Mereka membuat debut pada 15 Januari 2015 dengan album mini Season of Glass.[7]

2019–sekarang

Pada bulan Julai 2019, Big Hit Entertainment memperoleh Source Music, menjadikan syarikat itu sebagai anak syarikat di bawah Big Hit dan akan mengekalkan gaya dan pengurusan yang ada.[8][9]Pada bulan September 2019, terungkap bahawa kumpulan wanita gabungan antara Source Music dan Big Hit Entertainment dijangka akan debut pada tahun 2021 dari PLUS audition.[10]

Rujukan

WikiPedia: Source Music http://ent.hankyung.com/news/app/newsview.php?aid=... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://news.nate.com/view/20100701n14355 http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://m.tvcast.naver.com/sourcemusic http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2019072909... http://www.sourcemusic.com http://www.jobkorea.co.kr/Recruit/Co_Read/C/source... http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/852... http://www.dkpopnews.net/2010/07/news-kan-mi-yeons...